Leave a comment

Pengenalan Myvians

CLICK IMEJ UNTUK  KE WEBSITE


Penubuhan Myvians pada mulanya dengan hasrat untuk mencari kenalan yang menggunakan Perodua Myvi di sekitar Lembah Klang sahaja. Idea untuk melahirkan Myvians bermula dengan sembang-sembang di restoren mamak selepas menunaikan solat tarawih di satu malam pada bulan Ramadhan 2006. Ia timbul setelah mendapati beberapa kelab dan forum lain sedia ada yang berkaitan dengan Myvi lebih menumpukan penggunaan Bahasa Inggeris semasa berforum. Maka idea untuk mewujudkan forum berbahasa Melayu pun timbul bagi memeriahkan lagi komuniti Myvi di internet.

Pelbagai kenangan pahit manis dilalui diawal penubuhan Myvians. Ada yang mentertawakan kami dan ada juga yang sangsi dengan kami. Maklumlah kerana Myvians adalah forum komuniti pertama yang mengggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantaraan. Tidak kurang juga ada ahli Myvians yang menerima cercaan semasa cuba mempromosi komuniti ini kepada rakan-rakan lain. Tapi takpe lah. Itu kisah lama.

Bermula dengan 3 orang ‘founder’ dari Klang, bilangan Myvians mula bertambah dari hari ke hari. Walaupun tidak ramai dan sehangat bilangan keahlian kelab lain, kami rasakan ini lebih bermakna kerana semua ahli boleh berkenalan dengan lebih rapat lagi. Keahlian Myvians adalah terbuka terutama kepada pemilik Perodua Myvi dan sesiapa sahaja yang mempunyai minat terhadap Myvi (walaupun tidak mempunyai Myvi).

Nama Myvians dipilih kerana ia membawa maksud “Kami Pemilik Myvi ” (setelah diterjemahkan secara lebih kurang) dan Myvians menitikberatkan perhubungan setia kawan antara setiap ahli. Selain berforum, aktiviti luaran juga turut menjadi agenda dalam merapatkan hubungan antara sesama ahli. Aktiviti seperti lepak minum di restoren mamak, bermain futsal, berkelah, mengunjungi autoshow dan perlumbaan serta pelbagai aktiviti lain menjadi program yang boleh dikatakan acara yang kerap dilakukan di dalam Myvians.

Logo Myvians diwakili meter rpm pada kedudukan redline, menunjukkan minat mendalam ahli pada dunia permotoran berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan juga kelab.

Moto “Drive with Pride”, menunjukkan kebanggaan memiliki dan memandu MYVi.

Berlatarbelakang warna putih untuk menunjukkan kesaksamaan dan ketelusan di antara ahli komuniti. Merah mewakili keberanian. Hitam melambangkan kecekalan dan semangat setiakawan di kalangan ahlli-ahli komuniti.

Visi Utama Myvians adalah untuk menjadikan komuniti ini sebagai medium yang membolehkan ahli-ahli berkomunikasi dan berkongsi minat, pengetahuan serta pendapat tentang dunia permotoran khususnya berkenaan dengan MYVi.

Mengadakan aktiviti-aktiviti riadah seperti sukan dan rekreasi, lawatan dan aktiviti-aktiviti amal dalam merapatkan lagi hubungan Silatulrahim di antara ahli- ahli komuniti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: