1 Comment

APA ITU 100% LOAN ?


Terdapat pembeli saya yang bertanya, apakah yang dimaksudkan pinjaman 100%? Adakah masih perlu untuk membayar caj-caj yang tersembunyi seperti caj proses, caj runner dan sebagainya ? Adakah sudah termasuk road tax dan Insurans?

Berikut adalah info yang ingin saya kongsi bersama anda. Semoga info ini membantu anda dari kes-kes penipuan:

Pinjaman 100% terbahagi kepada 4 skim yang utama:

1. Tolakan Gaji melalui BIRO Angkasa
Terbuka untuk kakitangan Kerajaan dan Badan Berkanun yang mempunyai kemudahan tolak gaji dengan BIRO Angkasa sahaja. Dua bank yang menawarkan skim ini iaitu Bank Rakyat dan Ambank Bank.

2. Skim Siswazah
Terbuka untuk semua sama ada kakitangan Kerajaan mahu pun Swasta asalkan anda adalah pemegang Diploma atau Ijazah.

Melalui skim ini, selalunya pihak Bank akan meminta satu bulan atau dua bulan bayaran bulanan semasa anda menandatangani perjanjian pinjaman Bank.

3. Mark-up model
Terbuka untuk semua sama ada kakitangan Kerajaan mahu pun Swasta. Anda beli model standard dengan menggunakan pinjaman model Special Edition.

4. Mark-up aksesori
Terbuka untuk semua sama ada kakitangan Kerajaan mahu pun Swasta. Anda beli model standard dengan menambah aksesori . Tujuannya harga akan lebih tinggi .

Adakah anda masih perlu membayar apa-apa bayaran lain-lain?
Jawapannya, ya dan tidak. Saya akan tunjukkan secara telus.

Contoh I:
Skim Tolak Gaji dan Siswazah, pinjaman anda adalah sama dengan harga kereta anda. Tidak boleh mark-up model, tidak boleh mark-up aksesori.

Anda ingin membeli Myvi 1.3 Auto Standard Metallic. Harga Kereta OTR rm46,900. Pinjaman anda rm46,900. Loan lulus rm46,900.

Dalam kes di atas, anda masih perlu membayar sedikit premium Insuran. Untuk harga rm46,900, nilai insuran adalah rm45,000 dan premium Insuran m1,379-20. Untuk pinjaman rm46,900, Bank akan meminta nilai insuran rm47,000 dan premium Insuran rm1,431-20.Perbezaan antara rm1,379-20 dan rm1,431-20, iaitu rm52-00, perlu dibayar oleh pembeli.

Tetapi sekiranya model yang ditawarkan ada diskaun, katalah ada diskaun rm1,000, anda tidak perlu membayar apa-apa, bahkan anda akan dapat cash refund seperti berikut, rm1,000 tolak rm52, iaitu rm952-

Contoh II:
Skim Mark-up model & Mark-up aksesori. Pinjaman anda adalah sama dengan harga kereta anda atau lebih tinggi dari harga kereta anda.

Anda ingin membeli Myvi 1.3 Auto Standard Metallic. Harga Kereta OTR rm46,900. Pinjaman anda mark-up Myvi SE. Myvi SE Metallic OTR rm53,400-. Jadi, 90% x rm53,400 = rm48,000.

Bank akan meminta nilai Insuran rm52,000 dan premium Insuran rm1,561-20. Nilai Insuran Myvi Standard rm45,000 dan Premium Insuran rm1,379-20, Perbezaan rm1,561-20 dan rm1,379-20, iaitu rm182- perlu dibayar oleh pembeli.

Tetapi dalam kes di atas, pinjaman anda melebihi harga kereta anda. Jadi anda tidak perlu membayar apa-apa, bahkan anda akan dapat cash refund seperti berikut, (rm48,000 tolak rm46,900) tolak rm182, iaitu rm918-

Apabila anda membeli dengan saya, saya telus dalam pengiraan ini. saya tidak akan mengambil bahagian atau cash refund yang anda patut dapat masuk dalam kocek saya.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, sila call / SMS atau email kami. Kami sedia membantu anda.

LAYAKKAH GAJI ANDA UNTUK MEMBELI KERETA?


Selain dari syarat 90% dari nilai harga kereta, ada satu lagi kriteria yang akan diambil-kira oleh bank dalam meluluskan pinjaman kereta anda. Kriteria itu ialah nilai gaji bersih anda.

Kebiasaannya, pinjaman diluluskan berdasarkan bayaran bulanan dan gaji bersih anda. Jumlah bayaran bulanan tersebut tidak melebihi 1/3 atau 33% dari gaji bersih anda.

CONTOH:
Harga Persona 1.6 (A) M-Line metallic rm53,300. Pada kadar 3.99%, pinjaman rm53,300, tempoh 9 tahun, bayaran bulanan adalah rm670.

KIRAAN:
1/3 atau 33% dari rm1800 = rm600.

Oleh kerana rm670 melebihi 1/3 dari gaji rm1,800, pembelian 100% adalah tidak mungkin. Kecuali dalam kes-kes tertentu, misalnya pemohon adalah kakitangan kerajaan, kelonggaran akan diberikan jika kurangan itu adalah kecil. Contohnya, dalam kes di atas, kurangannya cuma rm70 sahaja.

Sebagai pilihan lain, anda boleh menggabungkan pendapatan anda dengan salah satu dari 3 penjamin yang mempunyai pendapatan tetap:
1. Ayah
2. Mak atau
3. Pasangan anda (suami / isteri )

Pendapatan penjamin di atas, akan digabungkan dengan pendapatan anda. Sekiranya gabungan pendapatan itu melebihi 1/3 atau 33% dari kadar bayaran bulanan kereta anda, anda boleh mendapatkan nilai pinjaman yang dikehendaki.

One comment on “APA ITU 100% LOAN ?

  1. Tiada duit untuk downpayment? (FOMCA tak bagi buat full loan)
    Tiada duit untuk renew insurance? (bila dah setahun pakai kereta)
    Tiada duit untuk service maintenance? (bila rasa tak sedap bawak kereta)
    Tiada duit untuk modified kereta? (biasanya lelaki)

    klik disini untuk mendapatkan pendapatan sampingan anda.
    Hanya RM20, anda boleh dapat pulangan sehingga RM2K sebulan
    Diulangi HANYA RM20

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: